Saturday, November 22, 2008

Nutrition

PENGENALAN
Pemakanan merupakan satu bidang pelbagai disiplin yang boleh memberikan kefahaman tentang bagaimana pengambilan makanan boleh mempengaruhi kesihatan. Pemakanan bermula dengan asas sains pemakanan yang kuat, meliputi kefahaman tentang bagaimanana makanan dihasilkan dan diproses, bagaimanan nutrien diperolehi dalam makanan serta kesan metabolik dari pengambilan berbagai jenis makanan ke atas kesihatan. Faktor sosial dan psikologi yang mempengaruhi pilihan makanan juga penting. Program ini mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun.
______________________________________________________
OBJEKTIF
Melahirkan graduan multidisplin yang mempunyai pengetahuan yang mantap tentang sumber dan fungsi makanan, keperluan nutrien, pengaruh sosial, psikologi dan impak pemakanan ke atas kesihatan individu dan masyarakat. Graduan mampu bertindak sebagai penasihat pemakanan dan penyelidik di dalam bidang pemakanan.
______________________________________________________
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KELULUSAN MATRIKULASI/STPM
Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
-Lulus SPM/Setaraf dengan baik
-Lulus dengan kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu/Malaysia di peringkat SPM/Setaraf
-Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya:
-Gred B-(NGMP 2.67) mata pelajaran Pengajian Am,
DAN
-Gred B-(NGMP 2.67) dua (2) mata pelajaran lain
-Telah mengambil MUET
-Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred B-(NGMP 2.67) mata pelajaran berikut:
*Biologi
*Kimia
*Matematik T/Matematik Lanjutan T
_____________________________________________________
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA
Diploma Sains atau Sains Kesihatan dari Institut Pengajian yang diiktiraf oleh UKM dan Kerajaan Malaysia atau Kolej Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah lulus pengajian peringkat Diploma ketika mengemukakan permohonan. PNGK yang diperolehi > 3.00
Pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang yang berkaitan
Lulus ujian dan temuduga yang ditetapkan.

SYARAT KEMASUKAN BUKAN WARGANEGARA
-A-Level Cambridge/peperiksaan yang setara dengannya:
DAN
-Mempunyai kelulusan kepujian dalam mata pelajaran berikut:
*Biologi
*Kimia
*Matematik
-Bagi calon warganegara Indonesia-memperolehi purata Gred 8 dalam peperiksaan nasional bagi matapelajaran berikut:
*Biologi
*Kimia
*Matematik
*Bahasa Inggeris
______________________________________________________
Peringkat 1000
Semester I
NB1213 Biokimia Asas
NB1032 Instrumentasi
NB1212 Fisiolologi Kesihatan I
ND1012 Pemakanan dan Kesihatan
ND1212 Anatomi Asas
ZT ----3 Pengajian Umum (U3)
ZH1032 English
ZT1032 Tamadun Islam & Tamadun Asia
~-~
Semester II
NB1223 Biokimia Metabolisme
ND1042 Genetik
ND1062 Mikrobiologi Asas
ND1022 Asas Sains Makanan
ND1023 Prinsip Penyediaan Makanan
NB1243 Fisiologi Kesihatan II
ZH1022 English
ZT1042 Hubungan Etnik
~-~
Peringkat 2000
Semester I
ND2093 Penilaian Status Pemakanan
ND2033 Psikologi Perkembangan
ND2273 Pemakanan Sepanjang Hayat
ND2072 Terapi Pemakanan Perubatan I
ND2233 Pengurusan Perkhidmatan Makanan
NB3073 Biostatistik
HM1011 Khidmat Masyarakat I
~-~
Semester II
NB3082 Biostatistik Gunaan
ND2023 Pemakanan dan Metabolisme
ND2222 Prinsip Asas Kesihatan Masyarakat
ND2262 Kaunseling
NB2063 Biokimia Klinikal
ND2063 Analisis Makanan
ND2082 Imunologi Pemakanan
HM1021 Khidmat Masyarakat II
~-~
Peringkat 3000
Semester I
ND3033 Pemakanan Lanjutan
ND3073 Teknik Penyelidikan Pemakanan
ND3212 Kemahiran Komunikasi
ND3052 Mikrobiologi Makanan
ND3011 Seminar Pemakanan (Elektif)
~-~
Semester II
ND3043 Sosiologi dan Antropologi Pemakanan
ND3223 Pendidikan Pemakanan dan Promosi Kesihatan
ND3402 Polisi Pemakanan dan Sekuriti Makanan
ND3263 Amalan Pemakanan Komuniti
ND3282 Pengurusan Sistem Jagaan Kesihatan
~-~
Semester III
ND3242 Latihan Ikhtisas Sains Pemakanan
~-~
Peringkat 4000
Semester I
ND401C Penyelidikan Sains Pemakanan I
ND4053 Tajuk Khas Pemakanan
ND4011 Komunikasi Saintifik (Elektif)
~-~
Semester II
ND401C Penyelidikan Sains Pemakanan II
ND4023 Pemakanan Sukan dan Aktiviti Fizikal
ZT ----3 Pengajian Umum (U2)
Senarai Kursus Elektif
NB1242 Kemahiran Psikologi
NE1033 Sains Persekitaran
ND2342 Komputer dan Sistem Maklumat
ND3092 Terapi Pemakanan Perubatan II
____________________________________________________
PROSPEK KERJAYA
Ahli pemakanan yang berkualiti sangat diperlukan untuk menjayakan kempen gaya hidup sihat yang dirancang oleh kerajaan. Perkembangan minat masyarakat dalam pemakanan dan kepentingan pemakanan dalam kesihatan telah meningkatkan permintaan graduan pemakanan. Bidang kerjaya graduan-graduan Program Pemakanan terdapat di sektor awam dan swasta. Graduan sains pemakanan mempunyai peluang untuk memulakan kerjayanya dengan menceburi bidang-bidang berikut:-
· Pegawai Zat Makanan di Kementerian Kesihatan
· Pegawai Penyelidik di Institusi Penyelidikan (IMR, PORIM, MARDI)
· Tenaga pengajar akademik di IPTA dan IPTS
· Ahli Pemakanan / Eksekutif Pemakananan di Industri Makanan
· Product Specialist / Medical Representative di Industri Farmasi
· Ahli Pemakanan di rumah wargatua, anak yatim dan pusat rehabilitasi
· Ahli Pemakanan di Majlis Sukan Negara .
____________________________________________________
KETERANGAN LANJUT :-
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Ketua Jabatan Pemakanan & Dietetik,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur,MALAYSIA.
Tel.: +603-26923066 Samb. 5511
Fax : +603-26947621
___________________
p/s: anda juga boleh menjadi P*D!

1 comment:

rennylesa said...

alahai cik kak...even you are P*D...now...u still can be a nutritionist what....helps us orang2 kat KSI ni...jaga pemakanan kami..hehehhe...