MOA diskriminasi, hanya sedia parkir untuk pegawai atasan. KAMI kakitangan bawahan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) berasa dukacita dengan masalah parkir di kementerian ini. Peruntukan parkir hanya diberi kepada pegawai atasan dan kumpulan sokongan gred 22 ke atas. Kami dikenakan saman oleh polis trafik atau Perbadanan Putrajaya jika meletak kenderaan di tepi bangunan kementerian. Apa yang dikesalkan, bagi mengelak dikenakan saman, kami terpaksa meletak kenderaan di celah dinding dan sebagainya di tingkat bawah kerana kami tidak mempunyai lot parkir. Walaupun masih terdapat lot parkir yang kosong, kami tidak berani meletak kereta di situ kerana bimbang sekiranya tempat itu kepunyaan orang lain.
Kereta kami juga ditampal notis ‘Tidak Dibenarkan Parkir Di Sini’ menggunakan gam di cermin depan dan belakang. Bayangkan betapa sedih dan kecewa ketika ingin pulang dan setelah seharian bekerja, kami dapati kereta kami diperlakukan sebegitu rupa.
Tidakkah kementerian, pengurusan dan pihak bertanggungjawab sedar bahawa kami yang berjawatan rendah juga berhak mendapat kemudahan yang sama. Kami yang bergaji kecil terpaksa membayar saman manakala yang berjawatan besar dan bergaji besar mendapat pelbagai kemudahan. Adakah wajar kami menggunakan khidmat ‘park and ride’ sedangkan kami dikehendaki menepati masa serta mengambil dan menghantar anak ke sekolah. Bagaimana pula bagi kakitangan wanita yang mengandung? Kami memohon maaf kepada pihak kementerian jika surat ini menjatuhkan imej MOA. Bukan niat kami mengaibkan kementerian sendiri. Tetapi kami tidak lagi dapat bersabar memandangkan segala usaha dan cadangan hanya dipandang sepi. Dalam mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) juga sudah disuarakan masalah ini tetapi adakah tindakan dibuat? Sepatutnya, MOA mencontohi kementerian dan jabatan atau yang paling terdekat, Jabatan di bawah MOA sendiri di Blok 4G2 yang melaksanakan konsep ‘free parking’. Hanya pegawai gred 54 ke atas layak mendapat parkir, manakala pegawai yang sering berurusan di luar, disediakan parkir khusus untuk mereka pada hari mereka bertugas di luar. Alasan pegawai gred atasan layak mendapat lot parkir harus dipertimbangkan memandangkan tidak semua pegawai berkenaan berurusan di luar dan mempunyai kereta. KAMI YANG KECEWA.
nak komen boleh???

banyak lagi benda nak fikir kat dunia ni, masalah rakyat dan negara tp PARKIR juga jadi isu utama??? sy pegawai tp sy takde kereta, sy naik bus... boleh je...even ade pegawai 54 yg sanggup naik bus... tak de masalah pun? pegawai tiada wanita yg mengandung ker??? kementerian lain takde plak sokongan/pegawai bising2 nak parkir??? knp kat moa? i mean kenapa mesti di MOA sahaja???isu ni kecil jerk.. pegawai balik sampai tgh2 mlm pun ade, ade yg kena tido kat opis pun ade, tak bising pun.. erm, kenapalah sampai nak masuk paper??? tak matang langsung lah.. kalau sume benda nak demand, ape kata koang ambil je post kami ni.. jadilah pegawai... dapat parkir nanti kan??? itu ke yg koang nak??? mcm mana dgn waktu keje? dtg pukul 7.30am balik tepat jam 4.30pm, dtg jam 8am balik tepat 5pm, dtg jam 8.30am balik pun tepat jam 5.30pm.. pegawai ade yg dtg jam 7.00am tp balik jam 12tgh malam... kualiti kerja pula mcm mana??? beban keje masing2 lain... susah lah nak cakap benda2 mcmni... masing2 nak kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan masalah org lain... kelayakan masing2 berbeza... kadang2 kita harus sedar diri dan memahami kepayahan orang lain...
sekian, terima kasih.
p/s: kalau terasa maafkan saya tp ini realiti hidup.. kalau PM same taraf ngan pegawai 41 tak patut kan??? so, fikir2 kan lah..
7 comments:
sokong!
nak demand pun, kena tengok juga keadaan...pegawai kerja macam mo semput napas, takkan tidak layak untuk keistimewaan walau sikit pun?
ish ishh ishhhhh...
benda ni pun sampai mo letak dalam suratkhabar. suda ada keputusan MBJ, terima sajala...
kalau asik2 komplen, pegawai pun fed-up n ble komplen juga..mo macam tu? asik2 bertekak pasal isu sama, kerja hakiki diabaikan.
kalau bawahan boleh mempertahankan hak dia, pegawai pun boleh. takkan nak tengok dan biar saja penindasan yang berlaku? pegawai bukan orang ka? pegawai wanita pun mengandung juga..takdak beza.
saya tengok banyak ja open parking seblah NRE tu..takkan mo jalan 100meter ke perking tu pun tidak mau? mau juga parking depan pintu ofis? ish ishh ishhhh...exercise la sket..
ada juga pegawai yang parking kat situ..tak banyak cakap pun..hm...
betul betul betul.. stuju beb... kita ni berdiplomatik, isu kecil watpe nak bising2.. nak gado over a parkir??? gila whut!!! terimalah keputusan mbj (keputusan ks*u!).. kalo bangkang confirm lah tak respect ks*u, tak tau lah kalo die pun tak faham2 lagi.. semua pun nak bagi, keje hakiki gudbye lah... seperti yg saya kata kadang2 kite kena sedar diri kita dan di mana kita berada, bukan diskriminasi namanya ni...
park n ride ada kan? guna je la.. byk je bas i tgk.. mmg parking truk kat bagunan opis putrajaya.sampai PAP pun pakai kete, mana nk muat even klu buat parking bertingkat pon.klu UKM, level 52 ke atas je ada parking sendiri.. klu boss2 MIROS nk g meeting pun mmg driver dropkan je, sumer parking dah kena rembat even utk pelawat kat MOT(ada ke tak utk pelawat?huhuhu. mmg merepek la..tp i guess PM patut revive balik projek monorel tu.takde la ada papan tanda Monorel je kat depan MoF tu.
mizzy: tu lah tu, kalo boss yg besar ade driver takpe, driver drop je.. alah mereka2 itu hanya nak bersuara je, nanti bila cuepacs dgr, cuepacs tolong ar femeskan dorang lagi.. tp i fikirkan pegawai2 yg sllu kena balik kul 12mlm, time tu takde bus dah.. park & ride apr kejadah? kena gak nek kete doang.. tp kalo yg bukan pegawai tak kena balik sampai kul 12pm, paling2 pun kul 6pm dah kosong..
p/s: pegawai ade parkir tp keje smpai lewat malam.. tak dpt ape pun kecuali berkhidmat utk negara.. sokongan takde parkir, tak kena keje sampai lewat malam, kalo keje sampai lewat mlm dpt ot... fair and square lah kan???
standard lah. penat dah aku. pasal isu ni. diorang pikir diorang je. 4.30 suppp balik. kita ni? aduh. kat MBJ aku pun sibuk2 isu ni. kena ngan boss, senyap!
pada aku usahlah berkira. jangan tanya apa yang diberi pada kita, tanya apa yang kita beri pada negara! ini isu kecik!
When I first joined MOA, I was pregnant and did not have a parking lot. I park je next to NRE. Takde masalah pun.
Kakitangan bawahan ni perlu sedar that we do not work 8 to 5 like them. Kita ni perlu berkejar-kejar ke sini sana, kerja sampai malam, keluar meeting balik pjbt lambat, so the fixed parking lot memang our well earned gift for the work we do. Secure juga especially kalau kita kerja sampai malam. Unlike staf baawahan who goes back at sharp 5. I am not discriminating them but they should weight this issue in all angles. As you said, peg gred 41 sama taraf dengan PM ke?
@kon: kami di mbj pun dah naik meluat beb!!!! kepuasan keje doang hanya pada "kami dapat parking.. yeah yeah!"
deepa: u r tuff a woman! doang ni patut malu ngan u!!!! preggy pun kena xcercise what.. baru baby sihat! yerp, keje doang fail je pun.. takpun anta surat sekali pastu tak balik2 opis sampai time nak balik baru muncul kan??? sakit mata memandang perangai mereka terutamanya yg kua minum time kul 10am.. takpun melepak merokok kat bawah time2 org tgh keje!!! ape kes??
Post a Comment