Wednesday, July 21, 2010

Anak melayu zaman sekarang

Kecewa pun ada... kesian pun ada.. tak cukup didikan agama ke? tak cukup perhatian parents ke? Tak dididik dgn betul ke? Salah cikgu ke? Salah parents ke? Salah cyber cafe ke? Salah dunia ICT ke? Rasa2 nya lepas gov implement pendidikan seks di sekolah apa akan terjadi??? mereka lebih sedar mengenai seks tp adakah gejala porno ini akan selesai? Ibu bapa kenalah pantau anak2... Belum lagi smoking yg mmg dr dulu sampai skrg kes2 budak sekolah merokok mcm dipandang remeh oleh pihak sekolah dan ibu bapa.. bagai mana mahal pun rokok tu mampu juga dorang beli.. melepak, merempit, bohsia.. apa lagi yg melayu kurang?????

I thank to my parents kerana memberikan didikan moral yg sempurna dr i kecil sehingga i dewasa... Alhamdulillah, all of my siblings takde yg smoking, takde yg merempit, takde yg bohsia, semuanya kerana didikan di rumah di samping cikgu2 kat sekolah yg sgt strict.. cikgu2 sekarang mcm mana???

Melayu paling ramai tengok porno

sumber: Kosmo! Online

KUALA LUMPUR - Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.

Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus.

Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan (gambar) yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut.

Beliau berkata, lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik.

"Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,'' kata Md. Salleh ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.



No comments: