
masakan kegemaran saya adalah semua masakan emak esp masak lemak cili padi dan asam pedas! kalau boleh hari ini nak balik melaka n celebrate hari lahir mak.. tp i dah start keje! sabtu lepas dah celebrate birthday emak awal skit kat restoran fave mak saya: Pizza Hut! seronok tengok mak makan pizza... nanti nak bawak mak gi makan kat US Pizza plak...
teringat dulu2 time i masuk asrama (emaresemjay & kayemem), mak setiap minggu masak n hantar ke asrama utk anak dia yg soang ni supaya tak kebulur! hehehehe.. sempatlah beberapa rakan baik di asrama dulu merasai masakan mak saya yg sgt sedap itu... sgt terharu mak sanggup dtg setiap hujung minggu nak jumpa saya dan masak sedap2! bila dah ke youkayemkayel, tunggu balik kampung jelah baru rasa masakan mak... bila dah keje, setiap hujung bulan confirm balik nak makan masakan mak.. biarlah simple manapun, janji masakan emak!!!! mak ni jenis tak leh nak dikaco n gurau skit2, nanti hangin! tapi kami suka wat mak hangin! hehehehe.. saje je cuz suka tgk mak hangin!!! tak sabar nak balik melaka this friday nak jumpa mak.. apa hadiah nak beli ni???
mak, sila jaga kesihatan anda... jangan buat kerja berat2 lagi, rehatkan minda n badan juga.. jgn stress sangat.. makan ubat yg Doc bagi sahaja... kami sayangkan emak! maafkanlah anak2 emak ni kalau ada menyakiti hati dan perasaan mak... Mak adalah mak yang terbaik di dunia..
Selamat Hari Lahir yang Ke-58tahun emak.. saya sayangkan emak!

1 comment:
Happy Birthday Aunty :-)
Post a Comment