*abaikan pic i yg chubby n gumuk itu pelizzzhari ini
20hb September, 58thn yg lepas lahirlah seorang wanita cekal bernama
Fatimah Hussin.. dan wanita cekal itu adalah emak kesayanganss saya!!!! hari ini genap mak berumur 58tahun.. dengan dikurniakan
5 orang anak yg baik2 semua (amin!), mak sudah mempunyai
3 cucu dr anak yg pertama. Dr panggilan emak ke panggilan makwah, dan InsyaAllah dengan izinNya mak akan dipanggil moyang suatu hari nanti! saya sayang emak saya.. saya banyak menyakitkan hati emak saya, saya tak nak sakitkan hati emak saya lagi.. Ya Allah, kau
panjangkanlah umur emak ku dan
berilah kesihatan tubuh badan yang baik kepadanya supaya dapat melihat anak2 nya membesar dan berjaya di dalam hidup. Sekarang emak sllu sakit2, saya tak tahan melihat kesakitan emak.. dah disuruh berhenti kerja tapi dia degil! emak, tolonglah duduk di rumah sahaja.. we love u so much...
masakan kegemaran saya adalah semua masakan emak esp
masak lemak cili padi dan
asam pedas! kalau boleh hari ini nak balik melaka n celebrate hari lahir mak.. tp i dah start keje! sabtu lepas dah celebrate birthday emak awal skit kat restoran fave mak saya:
Pizza Hut! seronok tengok mak makan pizza... nanti nak bawak mak gi makan kat US Pizza plak...
teringat dulu2 time i masuk asrama (
emaresemjay & kayemem), mak setiap minggu masak n hantar ke asrama utk anak dia yg soang ni supaya tak kebulur! hehehehe.. sempatlah beberapa rakan baik di asrama dulu merasai masakan mak saya yg sgt sedap itu... sgt terharu mak sanggup dtg setiap hujung minggu nak jumpa saya dan masak sedap2! bila dah ke
youkayemkayel, tunggu balik kampung jelah baru rasa masakan mak... bila dah keje, setiap hujung bulan confirm balik nak makan masakan mak.. biarlah simple manapun, janji masakan emak!!!! mak ni jenis tak leh nak dikaco n gurau skit2, nanti hangin! tapi kami suka wat mak hangin! hehehehe.. saje je cuz suka tgk mak hangin!!! tak sabar nak balik melaka this friday nak jumpa mak.. apa hadiah nak beli ni???
mak, sila jaga kesihatan anda... jangan buat kerja berat2 lagi, rehatkan minda n badan juga.. jgn stress sangat.. makan ubat yg Doc bagi sahaja... kami sayangkan emak! maafkanlah anak2 emak ni kalau ada menyakiti hati dan perasaan mak... Mak adalah mak yang
terbaik di dunia..
Selamat Hari Lahir yang Ke-58tahun emak.. saya sayangkan emak!