entry ini akan menjadi panjang melebar2.. di samping cerita experience nak kongsi pelbagai kisah untuk kesedaran semua.. last wednesday, i went for an outstation at malacca.. i pegi ke Pusat Pengurusan Penyu di Pangkalan Balak.. ini adalah salah satu projek Jab Perikanan (DO*F).. biasanya org cakap asal penyu jerk kat Terengganu & Sabah.. tp kat melaka negeri tercinta pun ade rupenya! tak penah2 nak amik tau.. turtle mx centre kat malaka ni khas utk penyu jenis karah.. kalau u all tak tahu, gi lah try wiki Hawksbill Turtle.
yang ni plak i tak hingat nama, tp penyu ni sgtlah super active, asal diletakkan muka or jari di aqurium tu die sondol2 kepala die and buka mulut die mcm kelaparan... die ade gg u all, nampak cam tajam jerk..


1. dalam 1000 penyu yg bertelur, hanya 1 sahaja yg akan hidup! sedih je dgr kan??? yang lagi 999 tu masuk je ke laut dorang jd mangsa kpd pemangsa cam ikan2 besar, ular dll
2. penyu betina boleh mengawan sehingga 6 jantan dlm satu musim tetapi penyu jantan hanya boleh mengawan 1 penyu betina dlm satu musim!!! penyu betina akan bertelur satu lubang tanah utk satu jantan yg bersenyawa dgn nya, selepas bertelur kali pertama die akan ke laut smula dan dtg selepas 1-2minggu utk bertelur telur jantan yg kedua dan proses berulang sehingga 6 kali! gila power penyu betina kan???? so sape ckp lelaki makan telur penyu leh tambah tng???
3. penyu yg baru menetas dr telurnya tidak makan selama 1 minggu kerana mknnnya dr egg yolks.. mcm plasenta lah! thats y selepas seminggu penyu yg bertelur td kena dilepaskan ke laut semula.. tp kesian 1/1000 yg akan hidup!
4. sifat semulajadi penyu akan kembali semula ke tpt die lahir! walaupun selepas beratus2 tahun.. die akan kembali untuk bertelur di tpt lahirnya..
5. sebaik sahaja penyu dilepas ke pasir menuju ke pantai, die akan merakamkan bentuk geografi tpt die dilepaskan... dan bila kepalanya masuk ke dlm air, die akan merakamkan bearing lokasi tersebut.. rakaman ni akan kekal dlm mindanya selama beratus2 tahun! menakjubkan tak??? sistem ni dinamakan imprint!
6. selepas tempoh matang, 25thn, penyu tersebut akan kembali ke lokasi bearing yg dirakamnya utk bersenyawa dan bertelur.. ia akan berulang2 sehingga akhir hayatnya!
-------------
yg anda perlu tahu:
i. Sehingga kini masih belum ada saintis yg dapat menerangkan riwayat hidup penyu dan dimanakah dia mencari makan
ii. Penyu yg bertelur di malaysia boleh berenang sehingga ke California USA.. penyu mencari makan di dasar laut di seluruh pelosok dunia!!!! no wonder dia hidup beratus tahun kan??
iii. penyu yg bertelur tidak diketahui jantinanya, disebabkan global warming, penentuan jantina penyu dibuat dengan penentuan suhu! kiranya kita boleh tentukan jantina penyu! kalau nak jantan letak dlm suhu 29C dan kalo nak betina bawah 29C.. menarik kan???
iv. imprint seekor penyu boleh di delete jika manusia mengambil gambarnya dengan FLASH! so jgnlah amik gamba penyu dgn flash ok!
v. imprint penyu juga kemungkinan besar tidak berfungsi jika dia dibela oleh manusia, thats y kebanyakkan penyu yg dibela selepas berpuluh tahun dan apabila dilepaskan ke laut, dia akan kembali semula ke lokasi atau duduk di satu tempat sahaja! jadi penyu bodoh lah kiranya!!! dia dah terlampau bergantung kepada manusia utk makan..
vi. penyu akan merajuk dan tidak bertelur jika manusia mengerumuninya semasa bertelur.. so, tak payah sibuk2 nak tgk penyu bertelur.. kalo nak tgk time die dah separuh jalan bertelur..
vii. dah ade research menyatakan telur penyu ada toksik, mcm tuntung telur die beracun and tak leh makan, so koang fikir2lah sendiri nak makan ke idak telur penyu tu! nanti dr 1/1000 hidup jadi 1/10,000 atau 1/100,000.. lama2 pupus mcm tu saje!
------
kisah penyu mengajuk:
"ini diceritakan oleh pegawai di sana... peristiwa penyu belimbing yg semakin berkurangan di rantau abang, terengganu.. penyu2 tersebut merajuk dgn sikap2 manusia yg sllu nak amik tau bila doang nak bertelur.. kalo manusia nak beranak, ramai2 kumpul tgk koang malu tak??? thats y penyu tu merajuk n pergi ke tpt lain.. tambah2 plak, manusia ni rakus, asal nampak penyu bertelur nak amik gambar, pakai flash plak.. so terdelete lah semua memori penyu tersebut mengenai rantau abang dan penyu2 tersebut tidak kembali semula ke sana"
ini kisah benar.. so koang fikir2kanlah.. satelit menunjukkan penyu2 belimbing yg dulu gemar ke rantau abang kini semua telah berhijrah ke California.. org US ni perihatin, dikatakan mereka membiarkan penyu itu bertelur tanpa gangguan secara semulajadi.. tak mcm org Malaysia yg semua pun nak tgk! panjang kalau nak cerita pasal penyu ni.. korang gi lah surf ape2 yg patut kalo nak tahu lebih lanjut.. tp kita kena ingat, penyu pun makhluk Tuhan yg duduk berkongsi muka bumi ni dgn kita.. so, biarkanlah mereka dgn hidup mereka!!!
*Pesanan ini untuk kesedaran bersama-sama*
2 comments:
aku pledge utk tidak makan telur penyu dan harap penyu takkan pupus. huhuhu. there are just a helpless creature. sian!
yerp! mereka sgt kesian.. brape ekor je leh hidup! belum lg kira yg makan dg penyu!
Post a Comment