Tuesday, November 22, 2011

Selamanya Harimau Malaya

#congrats malaysia
#nazmi faiz
*khairulfahmi

3 perkataan yang menjadi worldwide trending di twitter malam tadi!
Pagi2 dah dengar lagu Selamanya Harimau Malaya by Altimet & Flizzow kat Stesen Radio terkemuka indonesia yg berjanji akan mainkan lagu2 terbaik malaysia harini if Malaysia menang! yes, the did it by playing d 1st song Selamanya Harimau Malaya! Im so proud! As a big fan of football, last night game is a must watch game for me because #harimaumuda played against garudamuda. And finally, we shut Indonesians wicked mouth! yes, herimaumuda did it! Mereka mempertahankan pingat emas SeaGames dan Negaraku berkumandang di Stadium GBK! Alhamdulillah, our young players tidak mengenal erti putus asa dan bermain sehingga ke penentuan penalti. Game mmg mendebarkan and i rasa i dah habis jerit and BP i naik kot. Sehingga ada masanya geram dgn beberapa kesilapan dilakukan oleh F***ri. Nampak sgt kita tumpul di bhgn depan sebab kita xde striker! Overall all players dah tunjukkan game yg mantap cuma penyudahnya amat sukar kerana kita kehilangan beberapa playmaker yg injured. Untuk layak ke Olympic, OKS dan pengurusannya perlu mencari jalan penyelesaian kpd mslh2 yg terlalu teknikal yg dihadapi oleh harimau muda.

Apa2pun i amat kagum dengan player pertahanan Malaysia, mmg merekalah yg terbaik, tonggak utama Muslim bekerja keras memastikan garuda tidak dpt menembusi gawang kita! Gol penyamaan oleh Asra juga ptt dipuji, dengan goal itu kita kembali bersemangat eventhough byk lg goal kita boleh hasilkan, tp kita Juara! Dan spt biasa Khairul Fahmi sekali lagi menjadi penyelamat dan hero Malaysia! Terlalu banyak percubaan yang diselamatkannya, mmg KFCM adalah keeper terbaik di Asean dan setanding dgn keeper2 hebat di dunia ni! Worldclass keeper utk Fahmi! Anak muda mi xpernah mengecewakan kita.


Dan dari apa yang i lihat, pemain yg dikatakan plg menyerlah sepanjang SeaGames ni adalah Mohd Nazmi Faiz Mansor. Walaupun merupakan player paling muda, 17yo, dia membuktikan dialah pelapis yang akan mengharumkan nama negara satu hari nanti. Walaupun ade segelintir manusia yg tidak setuju dgn tindakan beliau menangguhkan spm dan bekorban utk negara utk SeaGames, for me, pengorbanan dia berbaloi! Jgnlah malukan dia, tahun depan dia ambil spm, dah tentu parents dia dah setuju, kalo tidak dia tidak mungkin bermain. Nazmi adalah playmaker yg amat bagus, lincah dan tidak mengecewakan. Dia sggup berlari dr atas ke bawah kiri kanan utk menyelamatkan dan membantu rakan sepasukan. Semangat mcm ni yg perlu ada utk memastikan malaysia sebagai kuasa baru bolasepak di Asia (Amin!).

Dan langkah seterusnya, i amat berharap adik harimaumuda tidak alpa dgn kemenangan ini dan walaupun penat dan balik ke tanah air sejurus selepas permainan, mereka kena berdepan Syria utk kelayakan Olympic esok dgn bersemangat dan permainan yg bermutu dan dipertingkatkan. InshaAllah dgn usaha dan semangat yg mereka ada, tidak mustahil Malaysia boleh layak ke Olimpik dan mengharumkan nama Malaysia dan Asean. InshaAllah.

Finally, all d best Harimau Muda untuk games esok vs Syria dan 27hb ni vs Bahrain. Tunjukkan permainan berkualiti, kemenangan bukan segala2nya.

No comments: