Monday, January 19, 2009

ketawa jap...

Sayang bini
Pak maun adalah seorang penduduk kampung sentul-bendul. Pada akhir bulan april isterinya yang bernama salamah gedik telah meninggal dunia kerana di serang sekupulan beruk yang boley tahan brutalnya.
Pak maun yang telah berusia lewat 70-an telah buat sesuatu yang mengejutkan seluruh kampung kerana hampir tiap2 hari menziarahi kubur isterinya.Penduduk kampung dan jiran2 beranggapan Pak maun sgt syg istrinya.
kemudian seorang jiran yg bernama Soib Yakob bertanya kpd Pak maun "hang ni terlampau sayang bini hang noh,sampai sggup menziarahinya tiap2 hari" dengan nada bangga kepada pak maun.
kemudian pak maun menjawab dengan ikhlas"sebelum salamah meninggal dia da berpesan"kalu nak kahwin sekali lagipun tggulah sampai kubur saya tumbuh rumput dulu".Oley yang demikian pasai tu la aku kena siram kubuq dia hari2 nak bagi rumput cepat naik.
Soib Yakob pun blah dari situ sambil meleleh hingus dari hidungnya kerana kesedihan.
---
Lukisan kuda makan rumput
Cikgu : Abu! Lukisan apa yang kau buat nie..? Kosong jer.
Abu : Kuda makan rumput, cikgu.
Cikgu : Mana rumputnya?
Abu : Kuda dah abis makan, cikgu.
Cikgu : Mana kudanya?
Abu : Kuda dah kenyang. Dia dah balik kandang...
---
Pertandingan ratu cantik
Satu pertandingan ratu cantik sedang diadakan.. Seorang
demi seorang wanita cantik keluar ke pentas
memperagakan diri sambil diperkenalkan oleh juru acara
majlis.

"Inilah Miss Malaysia "... ..tetamu bertepuk sambil
bersorak

"Inilah Miss India ".....sorakan bertambah gemuruh

"Inilah Miss China "....semakin rancak tepukan dan ada
yang bersiul

Tiba-tiba tabir belakang pentas terselak dan keluarlah
seorang nenek tua bertongkat tercengang-cengang. Nenek
itu kelihatannya seolah-olah tak mengerti lansung apa
yang berlaku. Sambil berjalan dengan tongkatnya atas
pentas, nenek tua itu menggaru-garu kepalanya.

Keadaan itu membuatkan juru acara tergamam dan spontan
berkata "Err..dan yang ini pula,...Miss understanding" ..
---
Cara2 nk control malu

a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi...terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.

b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali...teruskan
menganggap dia kenallah korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.

c. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka...jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak'.

d. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang...teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

e. Tersilap masuk tandas wanita... buat buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik.