Today is 10 Muharram and it is the Day of Asyura. So today, im fasting... For my Muslim friends, i just wanna share some infos about 10 Muharram to remindus how the histories begin...
~
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab, asyara, yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
~
Menurut tradisi masyrakat Islam, Nabi Muhammad S.A.W. telahpun melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkang puasa Asyura adalah amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi, turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalahYom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, Baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan 'Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.

-Nabi Adam a.s. dicipta.
-Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
-Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
-Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
-Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
-Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
-Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
-Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
-Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
-Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
-Nabi Yaakub a.s telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
-Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
-Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
-Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
-Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
-Saidini Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Bacaan Lanjut di sini : wikipedia BM atau wikipedia BI
No comments:
Post a Comment