Wednesday, January 07, 2009

32 “Rahsia” Israel Yang Tidak Diterbitkan

1) Tahukah anda bahawa selain ras yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?
2)Tahukah anda bahwa setiap ras yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara otomatik? Sementara warga Palestin yang dilahirkan di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?
3)Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara ras yahudi dan non-yahudi?
4)Tahukah anda bahwa Yerusalem bahagian timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat dunia khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel?
5)Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk ras yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestina di daerah itu?
6)Tahukah anda bahwa Amerika menyalurkan 5 milyar US$ dari hasil pajaknya setiap tahun kepada Israel?
7)Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1.8 milyar US$ setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua benua Afrika?
8)Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 milyar US$ dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara koalisi utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.
9)Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan?Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10)Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Investigasi PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?
11)Tahukah anda bahawa sebelum wujudnya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?
12)Tahukah anda bahawa Perwira Tinggi Israel di Department Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?
13)Tahukah anda bahawa Israel meledakan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?
14)Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi DK PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?
15)Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik konservasi terhadap identitas ras yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?
16)Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes penyembelihan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua?
17)Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel mengarahkan para buruh Palestin yang sedang menunggu bus di sebuah pondok untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarak setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan malah mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?
18)Tahukah anda bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh mengiklankan kekosongan jawatan dengan perkataan: “kekosongan kerja hanya untuk ras yahudi”, “dicari seorang karyawan dengan syarat ras yahudi”?
19)Tahukah anda bahawa Department Luar Negeri Israel membayar 6 perusahaan media Amerika untuk menunjukkan image positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?
20)Tahukah anda bahawa Sharon mempelawa Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridiologi radikal dengan persepsi membesihkan Israel dari non-ras yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestina dari Israel?
21)Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh ras arab dari Israel?
22)Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga penaja Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi ketenteraan Israel untuk menghapuskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghapuskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan seksaan yang pedih. Kerananya dilarang semua ras yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembakan rudal dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghapuskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……
23)Tahukah anda bahawa pengusiran Palestin terbesar di dunia?
24)Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestina bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?
25)Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Intelegen Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?
26)Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan semua kemudahan & prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doctor (S3)? Hal ini apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.
27)Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tanggal 10 Desember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatanganinya kesepatakan OSLO?
28)Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tepi Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
29)Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konsvensi Jeneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan orang awam Palestin?
30)Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang & menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan adalah penyembelihan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam tempoh pengusirannya?
31)Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pelbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
32)Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela menyatakan bahawa Israel adalah Negara racism dan apartheid seperti kondisi Afrika Selatan sebelum ia pimpin?
-------------
Article adalah dari GazaNews, infopalestina & swaramuslim

No comments: