Friday, July 01, 2011

Keindahan Wardina

cantikkan dia? silap, amat cantik, indah mata memandang! inilah Wardina Saffiyyah, seorang artis yang boleh dikatakan public figure yg terbaik di mata I, dari segi penampilan, budi bahasa dan imej dirinya sendiri. Dalam kerjaya yang hebat, masih boleh menjaga keluarganya dan menimba ilmu di peringkat yg tinggi, inilah Wardina wanita yang kuat...
sejukja mata tgk wardina ni, mmg indah. Keindahannya dan kebaikannya menyebabkan ramai yang jeles dan tidak puas hati sehingga ada yang memfitnah dan menggunakan dia.
Entry i kali ni mungkin akan menyentuh isu politik, tp i nak jadi berani mcm Kak Dina, tidak takut untuk bersuara. Seriously, walaupun i penjawat awam, i amat kecewa dgn kerajaan malaysia, kerajaan negeri dan ahli2 politik bukan kerajaan juga. Kiranya, i tidak tahu nak sokong siapa dah, semuanya nampak palsu di mata I skrg ni. Tapi kejadian yg menimpa Kak Dina buat I terbuka hati nak buat entry mcm ni... 1st of all, apa salah Kak Dina? Salah ke dia pergi bagi ceramah parenting di majlis yg dianjurkan oleh opponent eventhough dia tidak tahu dia akan beri ceramah di waktu peak org ramai n pemimpin opponent ada kat situ? Dia cakap dia tak aware dgn kehadiran pemimpin2 tersebut.. perlu ke jadi isu? Salahkah kalau betul dia penyokong opponent? bukankah Malaysia dicanang sebagai negara demokratik? setiap rakyat Malaysia berhak untuk menyokong dan mengundi siapa sahaja yg mereka nak.. undi adalah HAK setiap rakyat! Bila Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan beberapa artis lain yang mencanang mereka join puteri/ wanita UMNO, takda siapa pun bising.. ke sebab kerajaan skrg kerajaan BN? peliklah, Kak Dina bg ceramah parenting dijadikan isu tp artis lain yg published dorang masuk parti politik itu ini takde isu? artis ni hak milik parti politik ke? tv3 tu siaran kerajaan ke? bukan RTM ke bawah Jabatan Penyiaran Malaysia (kerajaan)? tv3 bukan ke private entity? apa masalah dia nak kenakan tindakan pd Kak Dina? so terbuktilah skrg tv3 hak milik kerajaan memerintah. nampak sgt tv3 aka media prima tidak profesional! Wardina dicemuh dan difitnah serta diaibkan dgn gambar2 lama dia di blog2 yg tak matang dan isu plak dijadikan politik! mainan politik malaysia sungguh kotor kalau mcmnilah jadinya.. Kak Dina mmg sometimes nampak sgt critical di twitter nya kerana tidak setuju dgn beberapa keputusan yg dibuat oleh kerajaan terutamanya dr segi pembaziran duit, i pun setuju bab2 mcmtu.. tak semua keputusan yg dibuat kerajaan BETUL dan sempurna. kadang2 sebagai pegawai kerajaan kita pun tak setuju dgn beberapa isu tapi siapa kita nak dibandingkan dengan keputusan KABINET? we have no right! they did the decission, kita hanya penasihat dan implementor..

dan berkenaan dgn blogger yg menyiarkan gambar2 Kak Dina di masa silamnya dan fitnah yg ditaburkan itu, i amat kecewa sikap org Melayu yg hina dan dengki mcmni.. sampai bila melayu nak mcmni? pantang tgk org berjaya.. benda yg baik disalah erti.. dan kpd penyokong2 pembangkang, kenapa oleh kerana seorg blogger yg tidak matang mengeluarkan entry fitnah kepada wardina anda semua memfitnah kesemua pemimpin negara? adakah blogger tersebut mewakili suara pemimpin kerajaan skrg? adakah komen2 dr para pemimpin kerajaan berkenaan isu ini? kenapa anda semua nak jadikan isu ni isu politik? pemikiran spt ini juga tidak matang.. kerajaan pun tak pernah cakap semua artis perlu menjadi penyokong kerajaan memerintah.. ingat UNDI anda adalah HAK anda! kita tidak dipaksa utk menyokong kesemua keputusan kerajaan, anda mempunyai hak utk menyuarakan pendapat anda, PM kita ada twitter, ada FB, ada blog dan ade web yg khas utk rakyat buat aduan.. gunakanlah media2 ini utk menyuarakan pendapat anda.. inshaAllah ada nasib anda, PM akan jawab!

bercakap mengenai perhimpunan BERSIH, perhimpunan PATRIOT and apa sahaja perhimpunan.. boleh tak u all buat kat stadium ke kat tempat yg kurang org ke? ni tidak, sbgi contoh BERSIH tu kenapa mesti buat di Kg Baru, banggunan DBKL & Sogo? kat tempat ramai org juga u all nak menyibuk2.. dgn keadaan traffic jam yg teruk di sana, menyusahkan org tahu tak? lagipun kalo u all buat perhimpunan confirm byk jalan ditutup, perhimpunan mcmni adalah perhimpunan yg menyusahkan org! as an example, my mom skrg di HKL.. bygkan kalo u all tgh berhimpun kat area tu(kg baru, sogo n dbkl dkt dgn hkl), I nak gi HKL lawat ma mom, tak ke i terstuck dgn jamnya sebab bersih tu? bagaimana plak ambulance nak lalu? kalo ada emergency mcm na plak? fikirlah skit weh! menyusahkan.. kalo dah polis tak bg tu mesti ada sebabnya.. apa guna stadium bukit jalil, stadium shah alam bagai? gi lah demo kat sana.. pelancong nk dtg malaysia terus tak jadi dtg sebab dah dinasihatkan tdk dtg time tu, merosakkan imej dan ekonomi ngr! nak jadi mcm thai n syria ke? lagi satu, yg polis ni plak kenapa gabra semacam? kenapa nak tangkap ramai2 org yg pakai baju kuning? adakah polis yg takut atau kerajaan yg takut? relax r, biarkan mereka demo tp suruh pergi kat kawasan besar seperti stadium.. kita dgr ape yg bersih cuba sampaikan.. kalo tak dpt sambutan maknanya org tak setuju lah...

oklah, byk plak i bebel, see, sy tidak menyokong mana2 pihak.. this is positive critical thinking! Kak Dina tak salah, kalau betul dia penyokong PR, dia tidak salah juga.. jgnlah fitnah dan dengki dgn kejayaan dia.. kita sendiri tidak tahu cerita sebenar.. dan jgnlah aibkan org. tak baik, dosa.. kebebasan bersuara bukan kebebasan untuk memfitnah! fikir2 kanlah..

2 comments:

Nurul Ain said...
This comment has been removed by the author.
vivien_capri said...

Kasian wardina..org x dpt cari kesalahan dia, so dorang korek balik cerita lama..

Haish..susah la kalau org x senang duduk tgk org lain berjaya, ada saja yg salah di mata dia..