Friday, July 29, 2011

Dari sudut pandangan seorang peminat wanita Harimau Malaya

saya seorang peminat bola, saya peminat bola yang setia, sy ikut perkembangan bola sepak negara dan luar negara, team yg i suka dan tak suka, janji bola! kehadiran di Stadium BJ malam tadi mmg berbaloi di kalangan 90k++ peminat bola! jadi, saya sebagai perempuan yang tidak pernah bermain bola sepak tapi peminat bola sepak dan boleh dikatakan pengulas & pengkritik bebas, at least saya tahu taktikal dan peraturan bola sepak, bukan hanya minat sebab terikut. saya kenal mostly pemain bola sepak negara, pemain yang bermain hebat untuk malaysia di ketika ini: Harimau Malaya! ulasan saya adalah dr sudut pandangan saya.. saya tidak akan komen wanita2 yg berpakaian seksi n makeup setebal opera pergi stadium, saya hanya akan ulas permainan semalam.

1st of all, kehadiran 90k++ supporters Tigers mmg menakjubkan, laungan Malaysia dan semangat yg tinggi dan sorakan yang padu hanya ditunjukkan pada 70 minit awal dan hampir 3/4 supporters terdiam selepas minit ke 71! selepas hampir pasti harapan Tigers berkecai utk ke pusingan seterusnya setelah bermain bertahan dgn hebat sepanjang 45minit pertama! seriously, inikah dikatakan sokongan padu yang sggup beratur beli tiket rm30/50 tapi terdiam selepas 71mins! sorakan selepas minit 71 tidak sama seperti sorakan sebelum minit 71! seriously, thats what i saw last night! i rasa di kawasan tpt duduk I tu, hanya I dan bbrp org lagi yg masih berdiri dan bertepuk tangan menjerit bagai utk HM! bagaikan direntap segala semangat, I terus melihat ke arah pemain HM berjersey 10! jelas dia kecewa.. jelas sgt riak muka dia yang dah tak bersemangat selepas dia berusaha keras sepanjang 70minit tersebut.. jelas sekali dia hampir give up.. terlalu byk beban diletakkan di bahu Safee Sali. Dia perlu GOAL, dia perlu menjadi KAPTEN, dia juga turun ke bawah dan berusaha menjadi PERANCANG, dia berlari kiri kanan padang dan rakan pasukan hanya mengharapkan dia untuk goal! benteng pertahanan HM juga amat bagus semalam, nampak peningkatan dari mereka, kehadiran KFCM sgt mengubah corak permainan mereka, itulah KFCM yg kita kenal setelah bbrp piala yg kita dpt, dia bagaikan superman, melayang2 kiri dan kanan, depan dan belakang hanya untuk memastikan HM tidak dibolosi! ternyata dia berjaya mencapai matlamat tersebut sehingga kelekaan dan corak permainan yg laju oleh Lions pd minit ke71, KFCM tidak ready lg ms tu, pertahanan sedikit leka dan goal yg sama spt goal kelima di Spore merentap semangat 11players kita. secara keseluruhannya mmg permainan HM bagus, mereka berusaha keras, jelas di mata saya masih ade 2,3 org Tigers yg masih belum bersedia dan sedikit gugup, kesilapan mudah dilakukan di tengah padang tapi itu bukan penyebab kerana mereka hebat semalam! HM agak terikut cara permainan Spore dlm mencari goal, long ball yang dilakukan oleh Tigers sedikit tidak kena, kerana long ball yg dilakukan tidak tajam dan jarang sekali sampai ke sasaran yg diharapkan, kita lihat goal yg dihasilkan oleh Safee adalah hasil dr passing ball not long ball. Lions amat hebat bermain long ball keranan sepakan mereka tepat. pertahanan Lions juga hebat krn misi mereka adalah menyekat HM utk goal dan mereka berjaya. ketiadaan perancang utama kebanggaan negara: Safiq Rahim sedikit sebanyak menggugat permainan HM, mmg terasa ketiadaan Kapten kita, dia mahir merancang dan dia juga mahir free kick! pujian tinggi perlu diberikan kepada HM kerana mereka berjuang berhabisan sehingga ke saat2 terakhir sebelum wisel dibunyikan, inilah smgt yg perlu diteruskan!

Permainan hebat Safee-Amirul-Kuna-KFCM patut dipuji! Benteng pertahanan juga menunjukkan peningkatan, kelemahan kita semalam cuma di bahagian tengah tapi apakan daya, telah ditakdirkan bukan rezeki kita. saya amat BANGGA dengan permainan yg ditunjukkan oleh Tigers dan jelas mutu bola sepak negara telah meningkat! FAM kena pantas mencari pelapis dan melatih lagi pemain2 yg berpotensi utk terus menyambung mutu permainan spt ini. INI YANG KAMI MAHU! Kita tidak kalah, kita menang di BJ!

Apa yg mengecewakan saya semalam, sorakan tidak diberikan hingga ke minit terakhir walaupun Tigers berjuang habisan, kebanyakan penonton terus terdiam apabila Lions menjaringkan goal, hanya ULTRAS tak putus2 memberikan sokongan hingga stadium mula dikosongkan. Dan paling mengecewakan di dalam Tigers bermain dgn penuh semangat dan profesional, Lions bermain dgn penuh dramatik dan pura2, i xnampak mereka boleh pergi jauh, mereka hanya tahu berlakon di padang sebenar, jelas sekali mereka gugup kerana barisan serangan mereka tidak diberikan peluang oleh Tigers. jadi, drama2 kecederaan yang tidak patut ditunjukkan mereka utk meraih simpati Refree dan spt mahu meletakkan kesalahan kpd Tigers, bbrp pemain Lions jelas tidak profesional di atas padang. Inikah dinamakan pemain bola sepak? jelas mereka begitu lemah utk dibandingkan dengan HM! kelebihan yg mereka ada hanya kemenangan di tempat sendiri. itu bukan kebanggaan! Selepas perlawanan, perkara bodoh yg rakyat Malaysia lakukan adalah mewujudkan FB page supaya coach hebat kira: King Raja utk letak jawatan! korang mmg bukan peminat bola sepak sejati, yg korang tau kritik dan kritik! ape kesilapan yg dilakukan oleh King? he's the best coach i eva seen! he's good and sudah tentu dia akan membawa Malaysia lebih jauh untuk Asian Game. Tidak lupa rakyat Malaysia yg tidak habis2 mengkritik, bila menang kau sokong, bila kalah kau kutuk! pergilah minta PR kt Spore! Jgn pertikaikan coach kerana hanya dia yang tahu taktikal ape dan hanya dia yg kenal players dia!

kesimpulannya, saya bangga dengan Tigers/ Harimau Malaya/ Team Malaysia dan saya akan terus menyokong mereka utk Asian Game. Tidak lupa juga pasukan Olimpik Harimau Muda kita yang akan berjumpa Japan pd 21 Sept ni, mari beramai turun ke BJ lagi! Harimau Malaya mmg hebat! dan lihatlah wahai ahli politik Malaysia, hanya BOLA dan SUKAN boleh menyatukan rakyat! bukan pertelingkahan anda semua!

go Tigers go!


4 comments:

vivien_capri said...

Owh, saya suka gambar itew kerana saya nampak agak sedikit kurus aaahahahah...

Anyway, sebak weh baca entry ko uhuuuu..ai pun tediam juga, tapi pastu sorak balik. They don't deserve to be treated dat way. Dorang da berabis berjuang.

Anyway, makin menarik team kebangsaan malaysia ini untuk diberi perhatian penuh hehehee

Thank God for Datuk Rajagobal n the players yang hebak2 belako hehe

rennylesa said...

I agree with u beb.

Mungkin penyorak juga kena belajar terus berikan sokongan selagi masa belum tamat.

Dan trsangat agree..melalui sukan itu menyatukan ramai bangsa. Smalam saya nampak bangsa Melayu, Cina,India dan sabah dan swak (termasuk sa dan bien) yg datang menyokong. Cuma sedih bila soal nama HM juga menjadi bahan pertikaian. Saya tidak tau kenapa, ada narrow minded macam ni...nampak sangat mereka dimanipulate oleh propaganda Pakatan rakyat...yg hanya melihat sudut gagasan Malaysia dgn sebelah mata saja. Penat dah aku mengomen d FB pasal ni. Lepas ni aku senyap je. Lantaklah mereka..for they dont know what they say!

hehe panjang pula komen yg macam entry dah..hehehe..Tigers team can do much better in the future..janji mereka tidak give up..go HM!

thesweetlittlecat said...

vien: yes u looked kurus di situ! hehehehe.. time i duk menulis ni mmg spontan n idea mencurah2, sambil tu mengesat linangan air mata, bukan kerana kita tidak ke pusingan setrusnya, tapi bangga dengan semangat HM!

thesweetlittlecat said...

renn: ye betul, sukan or politik or agama adalah perkara berbeza.. kalo sukan dan agama dipolitikkan sampai bila pun rakyat tak bersatu! yg penting kita harus bersatu dan bsyukur dgn ape yg Malaysia ada skrg..

sokong sukan utk semua, sokongan rakyat MAS di BJ mlm semalam membuktikan HM boleh lebih maju dan berjaya di masa hadapan..