9 tips agar anda boleh terus mengikat tali perkahwinan anda dengan penuh bahagia melalui masakan ‘air tangan’ anda.
1. Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.
2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil
nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba
memasaknya di dapur.
3. Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran.
4. Pada hujung minggu, anda boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.
5. Jika anda penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
6. Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah
masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia.
Pasti dia akan bertambah-tambah sayang anda.
7. Jangan biarkan dapur anda langsung tidak berasap untuk jangka
masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku
seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan
sediakan untuk suami anda.
8. Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan sekali dulu
bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap
dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. Anda boleh
pujuk minta bantuan dari suami anda untuk sama-sama membantu.
9. Dalam sehari, sesibuk mana anda pun, anda wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami anda.
Sumber: Kursus Perkahwinan.Com; Dapur Mamasya
1 comment:
aha! so true! hehe. tapi kekadang tak dan nak masak aa
Post a Comment