Wednesday, August 10, 2011

Puding Trifle ala Shakira

semalam i sempat buat Puding Trifle, so marilah kita berkongsi2 kat sini resepi dan cara membuatnya..

Bahan2:

- 3 kotak susu dutch lady full cream (3 cawan susu segar, 1 tin susu krimer)
- 1 tin kiub nanas dan 1 tin peach (1 tin fruits cocktail): asingkan buah dan syrupnya
- 3 sb tepung kastard
- 1/2 cawan gula halus
- 3 sudu serbuk jeli perisa strawberry
- 1 pack kek gulung (perisa ikut pilihan masing2)
Cara-caranya:

1. Untuk lapisan pertama, potongkan kek lapis dan susun di dalam mangkuk kaca, tutupkan ruang2 udara dgn potongan kecil kek. Kemudian renjiskan dengan syrup kordial untuk basahkan kek

2. Untuk lapisan kedua, campurkan tepung kastard + susu dan gula halus, masakkan sehingga mendidih (pekat) menjadi kastard. Kemudian tuangkan kastard ke atas lapisan kek gulung dalam bekas kaca tadi. Biarkan sejuk sebentar
3. Lapisan ketiga, susunkan buahan2 tin/ cocktail di atas lapisan kastard
4. Panaskan 1-2 cawan air bersama serbuk jeli sehingga mendidih dan tuangkan ke atas lapisan buah tadi
5. Masukkan ke dalam peti sejuk 2-3 jam sebelum dihidangkan. Siap!
p.s. Boleh dihidangkan bersama cokelat cair, honey, ais krim dan puding lain. Lapisan pun boleh diubah2 ikut citarasa. Boleh juga ditambang whipping cream di atas puding trifle ni. Banyak2 lapisan pun boleh. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.

2 comments:

mamaeesya said...

menarik.. dan nampak cam senang jer nak buat... nanti boleh try.. thanks..

thesweetlittlecat said...

tq.. its easy pizzy, sila try! :)