Wednesday, January 29, 2014

Kesedaran Politik

Kebencian dan mengajak orang menjadi benci antara satu sama lain

Tolonglah Pemimpin Malaysia, tidak kira anda dari Kerajaan atau Pembangkang.. Tolonglah kami Rakyat Malaysia yang makin terhimpit dengan propaganda politik. Politik anda semua amat kotor dan jijik untuk kami telan. Politik anda semua menyusahkan Rakyat dan kesannya amat besar kepada kami. Masa depan negara terletak di tangan anda semua, anda telah diberi kepercayaan oleh Rakyat tapi anda mengkhianati kepercayaan kami.

Satu sahaja perminta peribadi saya:

TOLONG HENTIKAN PERMAINAN POLITIK YANG MENGAITKAN ISU AGAMA DAN BANGSA.

Adakah agama boleh dipermainkan sesuka hati untuk kepuasan peribadi anda semua? Adakah dengan memainkan isu keagaamaan dan perkauman, anda akan gembira dengan kuasa yang ada? Adakah anda semua sedar kesannya amat teruk kepada kami? Adakah anda ingin melihat Rakyat Malaysia membenci antara agama dan bangsa? Adakah itu pengakhiran yang anda semua mahukan?

Ada di antara Rakyat Malaysia memang telah mempertimbangkan untuk ke negara luar kerana sudah bosan dengan perangai anda semua wahai Ahli Politik!

Kami, Rakyat, mahukan suasana harmoni dan bebas daripada anasir-anasir penghasut yang merosakkan hubungan yang telah terjalin berpuluh tahun dahulu.

No comments: