Wednesday, October 16, 2013

Bila manusia bersifat zalim.. Binatang pun lagi baik

Sumber berita: SinarHarian

BELURAN - Seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati disyaki dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di sini semalam.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun.
 
Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi ini di rumah kongsi pekerja itu dan polis merampas sebilah parang daripadanya.
 
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
 
Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepala isterinya menggunakan gunting, katanya.
 
Beliau berkata lelaki itu kemudian memukul empat anaknya termasuk bayi berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak lelaki berusia empat tahun menggunakan besi paip.

Sivanathan berkata bayi berkenaan mati di tempat kejadian, isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Duches of Kent Sandakan. - Bernama

..............................
Apa salah baby tu? Apa salah anak2 tu? Kenapa manusia semakin zalim? Kenapa manusia semakin lalai dan bersifat kejam? Ya Allah, dengan rahmatMu, kau tempatkan bayi tersebut ke dalam syurgamu.

1 comment:

vivien_capri said...

lelaki INDON lagi. memang sot la dorang tu. hantar balik negara asal. menyusahkan!