Friday, June 28, 2013

Sambal Hitam Awesome Negeri Pahang

Since a couple of friends and family members asked me the recipe (eventhou there are lot of same recipe will come out when you google up), so i will share my version of the famous Sambal Hitam Awesome:

Recipe
500g belimbing buluh rebus (ditumbuk separa halus)
2 cawan ikan bilis (ditumbuk sederhana halus)
1/2 ATAU 1 cawan cili padi (ikut tahap hotness masing2, ditumbuk)
6 bawang merah (3 dihiris dan 3 ditumbuk)
5-6 sudu besar kicap manis
Minyak
Garam dan gula secukup rasa

Cara merebus belimbing buluh
Belimbing buluh direbus TANPA air selama 1 1/2 - 4 jam dalam periuk or kuali atas api medium to slow. Hati-hati ketika merebus kerana kuali anda mungkin terhakis akibat jus belimbing. So, recommended guna periuk lama. Bila belimbing  hampir kecut, dinasihatkan untuk kacau dengan senduk setiap 2@3 minit supaya tidak hangus sangat. Bila dah agak kecut dan belimbing bertukar ke warna hitam/ perang macam hangus tu, boleh lah stop merebus. Untuk makluman, saya hanya ambil masa 1 1/2 jam sahaja, kemudia saya masuk ke dalam microwave dlm 5-10 minit. Kalau rasa nak masak sikit, balance belimbing rebus boleh disimpan dalam fridge untuk kegunaan lain.

Cara memasak
Tumis bawang hiris hingga wangi. Kemudian masukkan bahan2 yang telah ditumbuk (bawang, ikan bilis dam cili padi). Goreng sehingga agak garing. Setelah garing, masukkan kicap manis, gula dan garam secukupnya. Tumis sehingga anda rasa puas hati (minyak naik). Tadaaa.. siap dah! Boleh makan bersama nasi putih panas sahaja, confirm puas hati.


Seperti serita di my Insta, i 1st ate this sambal during my fieldwork at Raub, Pahang as Research Officer at UKM back in 2005. 1st time makan memang i dah jatuh hati. Dah lama nak masak and baru 2 hari lepas berjaya memasak dan rasanya serupa dgn apa yg i makan time kat raub dulu! Awesome sgt! Harapkan auntie i yg duk kat Raub tu, banyak  kali dah suruh di masakkan tapi tak juga masakkan. Sabar je lah. Akhirnya masak sendiri je lah.. 

Alright.. ini gaya saya. Banyak lagi blog2 resepi yang menawarkan resepi2 yang mungkin lebih baik. Selamat mencuba kawan2.. 


3 comments:

vivien_capri said...

I LOVE LOVE LOVEEEE THIS SAMBALL!!!!

Thank you for putting it up!

dah la baru hari tu teringat2 sambal hitam ni...

vivien_capri said...

terus copy paste and PRINT..masuk dalam my files of recipe to try ind future... :D

thesweetlittlecat said...

Vien

Selamat mencuba darling! sedap ok.. mesti ko teringat time mak angkat ko kat raub masakkan utk ko dulu kan?