1. Menangani Kos Sara Hidup:
* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.
* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.
*
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta
secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya
saing kereta nasional.
* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.
* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.
* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.
* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja.
* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.
* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar:
*
Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu
seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan
menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.
* Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.
* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar.
* Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.
* Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.
* Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.
* Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan.
* Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan.
* Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik:
* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.
* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.
* Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan.
* Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah.
* Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam.
* Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka.
* Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa.
* Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet.
* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti:
* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat.
*
Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di
setiap zon – Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
* Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.
*
Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan
bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan
tertentu.
* Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik.
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam:
*
Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang
lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.
* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter.
* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar.
* Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.
* Meningkatkan jumlah permit teksi individu.
* Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar:
* Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.
* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.
* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.
* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.
* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
*
Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar
bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana.
*
Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia,
2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada
kira-kira 3.3 juta penduduk.
* Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
* Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara.
*
Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di
Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak.
*
Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan
kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh
negara.
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif:
*
Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang
kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan
tinggi.
* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020.
* Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kejayaan.
*
Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia
termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor
swasta dan pembangunan pasaran modal.
*
Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan
Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang
kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.
*
Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih
banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk
meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan.
*
Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem
percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan
korporat secara berperingkat.
* Meneruskan
bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan
pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan
gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
*
Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan
Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME.
* Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia.
*
Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan
pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar
kepada syarikat Bumiputera.
* Menyediakan dana
saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti
India kepada sekurang-kurangnya 3 peratus.
* Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.
*
Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk
RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara:
*
Membawa Malaysia ke tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem
pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan.
*
Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan
pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai
mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah.
* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak.
* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik.
*
Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah
Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.
* Mengembangkan persekolahan satu sesi.
* Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.
* Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil.
* Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.
*
Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan
membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar.
* Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.
*
Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan
penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian.
* Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya.
* Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus.
No comments:
Post a Comment