Tuesday, February 23, 2010

Cuepacs: Apehal?

KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam semakin meningkat sekarang.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.
Contohnya, kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita. Bacaan Lanjut <---

So? What? Yang kau sibuk sangat ape hal? Dah mmg kami ni hebat2 ape.. Dekat office pun sendiri boleh nampak penjawat awam wanita lebih cekap dr yang lelaki... Adalah rezeki dan kelebihan yang Tuhan berikan kpd masing2 kan??? Yang Cuepacs ni tak habis2 nak wat kecoh kenapa? Ade saje isu koang nak popular kan? Buatlah keje berkhidmat utk rakyat, Cuepacs tak payah fikir hal2 pengurusan atasan sangat.. Dah kaum lelaki lebih suka menagih/ merompak/ merogol/ menyamun/ meragut etc etc.. Salah ke kaum wanita mengisi kekosongan yang ade tu?

2 comments:

Anonymous said...

cuepacs mana penah puas ati kan...

thesweetlittlecat said...

itulah die... cuepacs=gile glemer