I'm not belong to any political party, i love to read about political articles and analyse it.. There are good and bad things about both parties in Malaysia.. So please choose wisely and importantly for Muslim choose the right candidate with Iman..
Kenapa Melayu masih dihormati?
RIDHUAN TEE ABDULLAH
8 April 2013
Pada 3 April lalu, ketika artikel ini ditulis, Parlimen telah
dibubarkan. PRU13 akan berlangsung tidak lama lagi. Tanda tanya
terjawab. Sama ada BN akan kekal berkuasa atau tidak, hanya ALLAH sahaja
Yang Maha Mengetahui. Semua parti yang mahu bertanding, besar atau
kecil, lama atau baharu, yakin akan menang. Perasan, sedangkan kajian
tidak dilakukan.
Lebih kelakar lagi, ada calon yang mengaku dia adalah winnable
candidate. Orang agama sedang berkhidmat pun mahu bertanding. Malangnya
dia pilih PKR, bukan Pas. Selaku orang agama, sepatutnya dia pilih Pas.
Bila orang agama tidak memilih Pas, ada dua tanda tanya, orang agama itu
sendiri bermasalah atau mungkin Pas yang bermasalah, sehingga orang
agama menjauhi.
Apa pun dalam soal pemilihan, biarlah rakyat yang menentukan. Dalam
demokrasi, rakyat adalah raja yang membuat keputusan. Cuma, keadaan
PRU13 agak getir. Bukan mudah untuk mendapat majoriti dua pertiga. PRU12
jelas membuktikan. Kemajuan sains dan teknologi telah merubah landskap
dan budaya politik negara. Media siber dan laman sosial mempengaruhi
paten pengundian.
Siapa yang kita patut undi? Pada saya, parti agak kurang relevan. Calon
parti itu yang penting. Sama ada calon tunggul atau tidak. Saya amat
yakin PRU13, faktor peribadi calon akan menentukan kemenangan sesebuah
parti, bukan faktor parti atau faktor usia. Apa guna calon muda jika
jahil. Ini bukan bermakna kita perlu letakkan calon tua (uzur) atau
hampir mati. Persoalan pokok, boleh buat kerja atau tidak? Merakyat atau
tidak? Memartabatkan agenda agama (bangsa) atau tidak?
Peribadi dan latar belakang calon amat penting. Tidak berlagak dan
tidak sombong. Mengutamakan rakyat lebih daripada lain. Rakyat yang
kaya, bukan dia. Wakil rakyat boleh kaya, tetapi jangan lebih kaya
daripada rakyat. Logiknya, jika dia lebih kaya, dari mana kekayaan itu
datang.
Peribadi mereka mesti nampak baik. Tidak rasuah atau menggadaikan harta
negara/negeri untuk kepentingan diri, walaupun namanya harta (ladang)
rakyat. Saya berkesempatan ke Lojing menuju ke Gua Musang bulan lalu.
Melihat ladang rakyat, hati menjadi sayu. Ini kah yang dinamakan projek
rakyat? Yang kaya hanyalah ultra kiasu.
Saya masih boleh memejam mata jika orang jahil Islam jadi rakus dan
jahat. Namun, bila orang agama melakukannya, saya langsung tidak dapat
terima, walaupun kita ini manusia biasa. Orang agama sepatutnya menjadi
contoh, bukan sebaliknya. Sebab syurga dan neraka adalah mainan bibir
mereka.
Kedua, wakil rakyat yang cenderung kepada Islam (Melayu) dan
menghormati Perlembagaan, walaupun dia bukan Islam. Dalam bab ini, sudah
tentu bukan wakil rakyat ultra kiasu, kerana mereka jelas menentang
Islam sejak dari awal. Saya tidak boleh bayangkan jika PR memerintah.
Ultra kiasu mahukan hiburan sekular, Pas menentang. Siapa yang akan
mengalah. Jawapannya, sudah tentu Pas.
Apa pun yang berlaku, janganlah jadi seperti di Singapura. Saya terbaca
pandangan seorang Ahli Parlimen Melayu di Singapura ketika berkunjung
ke negara itu baru-baru ini. Beliau mengajak orang Melayu sesuaikan diri
hidup dalam negara sekular, sebab pemerintahannya sekular.
Ya, saya boleh terima cadangan itu. Tetapi tidakkah sepatutnya kita
mencadangkan bagaimana Melayu tidak hanyut dalam negara sekular dan
berusaha untuk mengekalkan ciri-ciri keIslaman Melayunya dalam
persekitaran sekular. Sekular itu pilihan, bukan ditentukan. Inilah
akibatnya apabila Melayu telah diultrakiasukan. Justeru, berhati-hatilah
dengan calon ultra kiasu dalam PRU13 ini.
Faktor kepentingan calon yang ketiga adalah, wakil rakyat tersebut
mesti dapat dilihat melakukan kebaikan. Nampak bersolat, walaupun tidak
selalu ke masjid. Bukan apa, ada ramai saya lihat wakil rakyat tidak
solat. Jika dia sudah tidak takut ALLAH, bagaimana ia boleh takut kepada
manusia.
Ingatlah wahai umatku, kenapa Melayu masih lagi dihormati hari ini?
Sebab Melayu masih ada kuasa. Ditakdirkan Melayu tidak lagi memegang
kuasa, adakah Melayu akan dihormati? Apakah benar jika PR memerintah,
Melayu akan menjadi Perdana Menteri seperti yang didakwa ultra kiasu?
Jika benar Melayu akan menjadi Perdana Menteri, apakah jaminan Perdana
Menteri Melayu itu akan benar-benar mempertahankan hak-hak Islam dan
Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Pergilah ke Pulau
Pinang untuk melihat keadaan ini. Nasi sudah menjadi bubur di Singapura.
----------------------------------------------
Bila kita lihat apa yang terjadi di Singapura, kita akan sedar.. Xramai di antara kita yang mampu untuk ke sana.. Bagi yang xmampu mari saya kongsikan.. Org Islam (Melayu) di sana sudah macam tiada pegangan. Dari segi gaya hidup, pemakaian dan pergaulan,, semuanya tidak betul. Anak2 muda berpeleseran di Orchird Road setiap hujung minggu, dengan gaya yang ntah ape2.. Masuk waktu solat, cubalah ziarah masjid/ surau mereka, yang ada tetamu Allah dari kalangan orang Islam Negara Timur (Arabs), Malaysia, Indonesia, Pakistan/ India Muslims dan 2-5 orang Islam Singapore. Family sebelah mak saya orang sana, boleh dilihat dari segi pemakaian mereka ketika menziarahi orang meninggal, bacaSurah Yassin pun tidak, apatah lagi baca Al-Quran. Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Saudara Ridhuan Tee.. Sekurang-kurangnya, Melayu Malaysia masih Islam (majoriti)..