Thursday, March 21, 2013

Nak makan pun cukai? Cukai o cukai!

Kenapa bila kita makan kat restoran ke foodcourt ke, kita kena bayar GOV TAX (%)? Kenapa? Makan pun kena bayar tax? Kadang2 tax dah sama dgn harga makanan tu! Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa tuan punya restoran tak bayar sendiri? Kita makan kat kedai dia, bagi dia untung tapi kita kena bayar cukai? Cukai makanan?

ATAU

Sebab nak kurangkan kita makan kat luar?

TUKAR! Tukar tak semestinya tukar Kerajaan, tapi tukar kepada pemerintah dan Kerajaan yang lebih prihatin dengan rakyatnya!  Kerajaan yang tidak menggunakan duit tax payer untuk kepentingan diri, Kerajaan yang menjanjikan keharmonian, keadilan dan kesejahteraan RAKYAT. Kerajaan yang merakyatkan pemimpinnya, Kerajaan yang menghambakan pemimpinnya, Kerajaan yang menyederhanakan pemimpinnya.

"Democracy is when the indigent, and not the men of property, are the rulers."
-Aristotle
 
"Politics has become so expensive that it takes a lot of money even to be defeated."
-Will Rogers

 p.s: Kalau segala gov tax yang dibayar ni disalur terus untuk berikan makanan kpd org2 yg memerlukan, i tak kisah!

Peribadi melalui buah kegemaran

Baca kat forum cari, saja nak kongsi kt sini.. tp i letak 2 jenis buah yg i suka dan ape interpretasi tentang I.. mengarut pun ada

Buah-buahan tropika contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas
Kamu sukakan pengalaman yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu. Teman beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.


Jenis kekacang .Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain-lain

Seorang yang moody. Kekadang mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan, kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia. Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.


"Selamat bekerja"
Today is Thursday


Love,
Kiera

Tuesday, March 19, 2013

Owl City & Yuna - Shine Your Way

You Go Girl, Yuna! Show them Malaysian singers are as good as theirs..

Tuesday, March 12, 2013